Monday 12 March 2012

Versi pendek mengenai sahabat


Sister Acia translated an article of mine into Malay, may Allah swt reward her for the efforts, here it is:



Kita akan dapat dan hilang persahabatan dalam kehidupan. Ini menunjukkan bahawa Allah swt adalah ‘sahabat sebenar `kita dan kita seharusnya membina persahabatan yang didasari niat kerana Allah tanpa ada terikat niatnya kepada dunia semata-mata.
Di dalam al-Qur’an juga telah dinyatakan tentang ‘Hari Perhitungan’ iaitu masa dimana kita memerlukan bantuan,(43:67) “sahabat pada hari itu akan menjadi musuh antara satu sama lain, kecuali mereka yang beramal soleh(saling bersahabat dengan niat yang benar)”

Sahabat yang baik akan memeberikan banyak kebaikan, dan sahabat yang jahat akan selalu memberikan kesan yang sebaliknya.

Manfaat sahabat yang baik:
1)      Memperbaiki peribadi diri dan mengurangkan kerosakan pada diri sendiri(terutamanya kerosakan hati)
2)      Memperbaiki ilmu kita
3)      Meningkatkan perbuatan baik dalam diri seseorang.
4)      Dapat membantu ketika kita memerlukan samaada di dunia terutamanya di akhirat kelak.
5)      Persahabatan akan berkekalan selagi mana persahabatan dibina kerana Allah Ta’ala, melalui kesabaran, ,rahmat, akhlak yang baik serta kasih sayang.
6)      Membantu kita dengan keikhlasan.
7)      Membimbing kepada keredhaan Allah Ta’ala dan mendekatkan diri kepada-Nya.
8)      Mengingatkan kita kepada Allah Ta’ala.

Allah swt berfirman, : Cinta Aku adalah wajib bagi orang-orang yang mencintai satu sama lain demi Aku dan duduk bersama demi Aku dan yang saling mengunjungi demi Aku dan yang memberi dengan murah hati kepada satu sama lain demi Aku[muwatta’]

Tuntasnya, marilah kita insyaALLAH saling mengasihi kerana Allah dan bukan kerana kepentingan diri atau manfaat dunia semata.

No comments:

Post a Comment